Sunday, August 1, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI

SEJARAH

'AIDILFITRI' berasal daripada perkataan Arab iaitu 'AYD AL-FITRI'. Mengikut catatan sejarah, sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula pada zaman penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Semasa di Madinah, baginda mendapati bahawa terdapat dua perayaan yang disambut oleh penduduk Madinah sejak zaman nenek moyang mereka. Oleh itu, baginda meyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Madinah dengan menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari raya yang lain iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Seterusnya sambutan perayaan ini terus disambut sehingga ke hari ini.


Oleh: MOHD ZUFAR BIN ZAHARIM
Matrik: 204875
ADAT SAMBUTAN

Pada Hari Raya Aidilfitri, adat yang sering dilakukan oleh umat Islam adalah untuk saling memohon maaf, kunjung-mengunjungi sesama mereka untuk mngeratkan hubungan sillahtuhrahim. Selain itu, mereka juga saling memberi juadah hari raya bagi meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan khususnya bagi jiran tetangga. Terdapat juga individu yang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sentiasa dikongsi bersama masyarakat satu Malaysia


Oleh: WAN AHMAD KAMAL BIN WAN HARUN
Matrik: 204733
PAKAIAN

Apabila 1 Syawal menjelma,umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran. Pada Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan memakai pakaian baru seperti baju Melayu dan baju kurung sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan untuk meraikan hari raya tersebut. Selain itu, pakaian seperti baju melayu dan baju kurung merupakan pakaian pilihan utama para umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Baju Melayu dibahagikan kepada beberapa jenis, misalnya baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Johor.Baju ini biasanya dipakai mengikut kawasan-kawasan yang tertentu di Malaysia. Seterusnya bagi golongan wanita pula, mereka lebih cenderung memakai baju kurung dan kebaya.


Oleh: MOHD ZAIDI BIN ZAINAL ABIDIN
Matrik: 204884