Sunday, August 1, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI

SEJARAH

'AIDILFITRI' berasal daripada perkataan Arab iaitu 'AYD AL-FITRI'. Mengikut catatan sejarah, sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula pada zaman penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Semasa di Madinah, baginda mendapati bahawa terdapat dua perayaan yang disambut oleh penduduk Madinah sejak zaman nenek moyang mereka. Oleh itu, baginda meyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Madinah dengan menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari raya yang lain iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Seterusnya sambutan perayaan ini terus disambut sehingga ke hari ini.


Oleh: MOHD ZUFAR BIN ZAHARIM
Matrik: 204875
ADAT SAMBUTAN

Pada Hari Raya Aidilfitri, adat yang sering dilakukan oleh umat Islam adalah untuk saling memohon maaf, kunjung-mengunjungi sesama mereka untuk mngeratkan hubungan sillahtuhrahim. Selain itu, mereka juga saling memberi juadah hari raya bagi meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan khususnya bagi jiran tetangga. Terdapat juga individu yang mengadakan rumah terbuka bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sentiasa dikongsi bersama masyarakat satu Malaysia


Oleh: WAN AHMAD KAMAL BIN WAN HARUN
Matrik: 204733
PAKAIAN

Apabila 1 Syawal menjelma,umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran. Pada Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan memakai pakaian baru seperti baju Melayu dan baju kurung sebagai tanda kegembiraan dan kemenangan untuk meraikan hari raya tersebut. Selain itu, pakaian seperti baju melayu dan baju kurung merupakan pakaian pilihan utama para umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Baju Melayu dibahagikan kepada beberapa jenis, misalnya baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Johor.Baju ini biasanya dipakai mengikut kawasan-kawasan yang tertentu di Malaysia. Seterusnya bagi golongan wanita pula, mereka lebih cenderung memakai baju kurung dan kebaya.


Oleh: MOHD ZAIDI BIN ZAINAL ABIDIN
Matrik: 204884

Friday, July 30, 2010

HARI TAHUN BARU CINA

SEJARAH

Tarikh perayaan permulaan Tahun Baru Cina pada sesuatu tahun adalah tidak jelas sebelum dinasti Qin. Pada zaman pemerintahan Dinasti Xia, tarikh perayaan Tahun Baru Cina ialah pada bulan 1. Manakala pada zaman pemerintahan Dinasti Shang pula, tarikh perayaan ialah pada bulan 12 dan bulan 11 semasa pemerintahan Dinasti Zhou. Maharaja pertama negara China iaitu Qin Shi Huang telah menukarkan dan menetapkan tarikh perayaan pada awal bulan 10 atau bulan 1 atau kedua-duanya sekali. Akhirnya Maharaja Wu yang memerintah zaman Dinasti Han telah menetapkan tarikh sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada bulan 1(kalendar cina) dan tarikh ini telah berkekalan sehingga sekarang.


Oleh: ONG CHI FOOK
Matrik: 206861
MITOS

Menurut lagenda pada zaman dahulu, 'NIAN' ialah seekor raksasa yang memakan manusia dan ia muncul setiap 11 tahun, iaitu sekitar musim sejuk untuk memburu manusia. Seterusnya, orang ramai mendapati bahawa raksasa NIAN tidak dapat menahan bunyi bising yang kuat dan takut kepada warna merah, maka mereka pun mengusirnya dengan bunyi letupan bunga api yang kuat dan warna merah digunakan secara meluas dari segi pemakaian dan sebagainya. Adat-adat inilah yang membawa kepada sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan melahirkan perkataan 'GUO NIAN' yang membawa erti melepaskan diri daripada ancaman raksasa 'NIAN'.


Oleh: TEH WEI SOON
Matrik: 207033
ADAT SEBELUM SAMBUTAN TAHUN BARU

Masyarakat Cina akan membersihkan dan menghiaskan rumah mereka sebelum perayaan Tahun Baru Cina bagi menghalaukan nasib yang malang dan musibah pada tahun yang lalu supaya rumah mereka dapat menyambut nasib yang lebih baik. Penyapu dan pembersih habuk akan disimpan sebelum hari pertama perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina mempercayai bahawa nasib yang baik dapat dikekalkan pada hari yang seterusnya. Selain itu, rumah masyarakat Cina akan dihiasi dengan potongan kertas yang dituliskan pepatah Cina. Pepatah ini biasanya membawa erti kebahagiaan dan kemakmuran.


Oleh: TAN SIN ER
Matrik: 206936
ADAT PADA HARI TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina biasanya disambut dengan kehadiran ahli keluarga,sahabat handai serta saudara mara. Pada hari perayaan tersebut, penggunaan warna merah secara berlebihan dari segi pakaian, hiasan dan sebagainya adalah digalakkan. Antara kata-kata yang paling popular ialah saling mengucapkan"Selamat Tahun Baru Cina" atau "GONG XI FA CAI" dan 'Ang Pau' akan diberikan kepada golongan muda atau kanak-kanak oleh golongan yang sudah berusia dan golongan yang telah berkahwin. Perayaan Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari berturut-turut dan pelbagai aktiviti akan diraikan bersama keluarga.


Oleh: YAP YI HAUR
Matrik: 206919

HARI DEEPAVALI

SEJARAH

Perayaan Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang membawa maksud cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan. Perayaan ini biasanya disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu dan Sikh. Selain itu, cahaya yang digunakan merupakan satu simbolik untuk menyatakan kebaikan dan mengatasi kejahatan. Menurut lagenda Hindu,Deepavali disambut untuk meraikan kemenangan Dewa Hindu `Krishnan` yang telah membunuh Raja Naragasera yang kejam. Manakala menurut kaum Sikh,Deepavali disambut untuk meraikan pembebasan Guru Nanak yang merupakan pengasas Agama Sikh suatu masa dahulu dari penjara.


Oleh: SITI ANIZA ASKULALI
Matrik: 204796
ADAT SEBELUM SAMBUTAN DEEPAVALI

Sebelum sambutan hari Deepavali, penganut agama Hindu akan merenjiskan air 'komiyam' di dalam rumah selepas rumah telah dibersihkan. Renjisan air 'komiyam' adalah bertujuan untuk menyingkirkan unsur-unsur jahat di dalam rumah. Seterusnya, 'kolam' akan dilukis di halaman rumah sebagai lambang penyembahan 'Dewa Lakshimi'. Pada malam sebelum Deepavali, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk melakukan upacara sembahyang bagi mengingati dan mendapat restu daripada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Upacara ini biasanya akan dilakukan dengan menyajikan makanan dan pakaian baru di hadapan gambar mereka.


Oleh: PRIYADARISINI A/P GANESON
Matrik: 127836
ADAT PADA HARI PERAYAAN

Pada awal pagi hari Deepavali iaitu pukul 5 pagi hingga 7 pagi, para penganut agama Hindu akan mandi dengan minyak yang diperbuat daripada bijan dan 'Shikakai'. Upacara ini melambangkan penyucian badan dan semangat seseorang. Selepas upacara ini, para penganut agama Hindu akan mengunjungi kuil bagi tujuan sembahyang dan selepas itu upacara sembahyang akan dilakukan di rumah dengan menyajikan manisan yang dihasilkan sendiri. Selepas itu, golongan tua akan merestui golongan muda dan memberi golongan tersebut pakaian yang baharu. Selepas semua adat ini dilakukan,ahli keluarga akan berkumpul dan makan sarapan pagi bersama.


Oleh: SHAMANI A/P NALAN
Matrik: 127861