Friday, July 30, 2010

ADAT SEBELUM SAMBUTAN TAHUN BARU

Masyarakat Cina akan membersihkan dan menghiaskan rumah mereka sebelum perayaan Tahun Baru Cina bagi menghalaukan nasib yang malang dan musibah pada tahun yang lalu supaya rumah mereka dapat menyambut nasib yang lebih baik. Penyapu dan pembersih habuk akan disimpan sebelum hari pertama perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina mempercayai bahawa nasib yang baik dapat dikekalkan pada hari yang seterusnya. Selain itu, rumah masyarakat Cina akan dihiasi dengan potongan kertas yang dituliskan pepatah Cina. Pepatah ini biasanya membawa erti kebahagiaan dan kemakmuran.


Oleh: TAN SIN ER
Matrik: 206936

2 comments:

  1. "gong xi fatt chai" ialah ayat yang selalu diberikan kepada kawan-kawan dan keluarga semasa tahun baru.

    ReplyDelete
  2. masyarakat cina juga dilarang memakai baju berwarna hitam pada hari tersebut.

    ReplyDelete