Friday, July 30, 2010

ADAT PADA HARI PERAYAAN

Pada awal pagi hari Deepavali iaitu pukul 5 pagi hingga 7 pagi, para penganut agama Hindu akan mandi dengan minyak yang diperbuat daripada bijan dan 'Shikakai'. Upacara ini melambangkan penyucian badan dan semangat seseorang. Selepas upacara ini, para penganut agama Hindu akan mengunjungi kuil bagi tujuan sembahyang dan selepas itu upacara sembahyang akan dilakukan di rumah dengan menyajikan manisan yang dihasilkan sendiri. Selepas itu, golongan tua akan merestui golongan muda dan memberi golongan tersebut pakaian yang baharu. Selepas semua adat ini dilakukan,ahli keluarga akan berkumpul dan makan sarapan pagi bersama.


Oleh: SHAMANI A/P NALAN
Matrik: 127861

2 comments:

  1. saya selalu tonton dalam rancangan televisyen sewaktu mereka menyajikan manisan..

    ReplyDelete
  2. makanan manisan diberiken dengan tujuan untuk menikmati kehidupan yang bahagia...

    ReplyDelete