Friday, July 30, 2010

ADAT SEBELUM SAMBUTAN DEEPAVALI

Sebelum sambutan hari Deepavali, penganut agama Hindu akan merenjiskan air 'komiyam' di dalam rumah selepas rumah telah dibersihkan. Renjisan air 'komiyam' adalah bertujuan untuk menyingkirkan unsur-unsur jahat di dalam rumah. Seterusnya, 'kolam' akan dilukis di halaman rumah sebagai lambang penyembahan 'Dewa Lakshimi'. Pada malam sebelum Deepavali, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk melakukan upacara sembahyang bagi mengingati dan mendapat restu daripada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Upacara ini biasanya akan dilakukan dengan menyajikan makanan dan pakaian baru di hadapan gambar mereka.


Oleh: PRIYADARISINI A/P GANESON
Matrik: 127836

2 comments:

  1. saya amat tertarik dengan "kolam" yang selalu dilukis sewaktu perayaan ini.. ia sangat unik..

    ReplyDelete
  2. melukis kolam juga merupakan salah satu tanda memanggil nasib baik pada musim deepavali.

    ReplyDelete