Friday, July 30, 2010

HARI DEEPAVALI

SEJARAH

Perayaan Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang membawa maksud cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan. Perayaan ini biasanya disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu dan Sikh. Selain itu, cahaya yang digunakan merupakan satu simbolik untuk menyatakan kebaikan dan mengatasi kejahatan. Menurut lagenda Hindu,Deepavali disambut untuk meraikan kemenangan Dewa Hindu `Krishnan` yang telah membunuh Raja Naragasera yang kejam. Manakala menurut kaum Sikh,Deepavali disambut untuk meraikan pembebasan Guru Nanak yang merupakan pengasas Agama Sikh suatu masa dahulu dari penjara.


Oleh: SITI ANIZA ASKULALI
Matrik: 204796

2 comments:

  1. cahaya yang digunakan amatlah penting bagi perayaan deepavali..

    ReplyDelete
  2. deepavali juga merupakan salah satu perayaan yang disambut pada bulan "aipasi" iaitu dalam bulan oktober atau november....

    ReplyDelete